Rancang jadikan Kuala Pilah Agropolis

Kok Seong (duduk) berkesempatan membuat pemeriksaan kesihatan pada majlis itu.
Kok Seong (duduk) berkesempatan membuat pemeriksaan kesihatan pada majlis itu.
A
A
A

KUALA PILAH - Kerajaan negeri merancang meletakkan daerah ini sebagai kawasan yang akan dibangunkan di bawah kluster Pembangunan Agropolis.

Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong berkata, ia akan dicorakkan melalui penyediaan Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045 yang telah diwartakan pada 15 Mac 2018.

“Agropolis merupakan konsep pembangunan yang menerapkan elemen perbandaran ke sebuah penempatan desa dan dibangunkan sebagai bandar pertanian yang menggunakan teknologi untuk meningkatkan hasil pengeluaran tanaman.

“Pembangunan Agropolis adalah terdiri daripada 30 peratus perbandaran dan selebihnya merupakan kawasan pertanian, hutan simpan kekal dan badan air,” katanya selepas merasmikan Program Publisiti Awal Rancangan Tempatan Daerah Kuala Pilah 2035, di sini, semalam.

Katanya, rancangan tersebut mampu menjadikan Kuala Pilah sebagai hub lembah makanan dan pengeluar sumber makanan utama kepada Lembah Klang.

“Usaha ini mampu jadikan daerah ini sebagai pusat kecemerlangan pengeluaran dan pemprosesan makanan berasaskan teknologi bio.

“Selain itu, ia juga mampu melaksanakan penyelidikan dan pembangunan pertanian melalui kerjasama institut pengajian tinggi dan sektor swasta,” katanya.

Kok Seong berkata, Kuala Pilah juga merupakan destinasi yang unik mampu menarik kedatangan pelancong.

Artikel Berkaitan: