Keputusan SPM dikeluarkan secara online hari ini

Kementerian Pendidikan diminta untuk menunda tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada satu tarikh yang bersesuaian.
Kementerian Pendidikan diminta untuk menunda tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada satu tarikh yang bersesuaian.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 401,105 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 bakal mengetahui keputusan peperiksaan itu mulai jam 10 pagi Khamis.

Calon sekolah dan persendirian boleh membuat semakan melalui dua kaedah termasuk menerusi pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my.

Calon juga boleh membuat semakan menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 68886.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada 10 Jun sehingga 6 petang pada hari sama.

Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai bagi mendapatkan keputusan peperiksaan.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet untuk memaklumkan kaedah yang bersesuaian.

Artikel Berkaitan: