Wolves lantik Lage ganti Nuno

Bruno Lage
Bruno Lage
A
A
A

KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL), Wolves mengumumkan pelantikan bekas pengendali kelab Benfica, Bruno Lage sebagai pengurus baharu kelab itu menggantikan Nuno Espirito Santo yang meninggalkan Molineux pada akhir musim lalu.

"Saya amat gembira dengan tugasan baharu ini dan kembali ke negara ini, sebagai pengurus sebuah kelab besar. Saya mahu mewujudkan suasana baharu di kelab yang sarat tradisi di liga Inggeris ini.

"Sejujurnya sesuatu yang menarik kerana dapat memahami budaya kerja Nuno (Espirito Santo) sepanjang empat tahun beliau berada di Molineux, dan matlamat saya adalah meneruskan kesinambungan yang telah dilakukan Nuno," katanya.

Artikel Berkaitan: