PRK DUN Rantau: Bakal cipta sejarah

Kok Seong beramah mesra dengan tetamu pada majlis tersebut.
Kok Seong beramah mesra dengan tetamu pada majlis tersebut.
A
A
A

KUALA PILAH - Tidak mustahil untuk PH memenangi kerusi DUN Rantau pada PRK kali ini susulan sejarah boleh tercipta sepertimana parti tersebut menumbangkan Kerajaan BN pada PRU14.

Naib Pengerusi DAP, Teo Kok Seong berkata, keadaan itu boleh berlaku walaupun Rantau adalah kubu kuat BN.

“PRU lalu tidak ada siapa pun sangka kita (PH) berjaya menubuhkan kerajaan dan kemungkinan keadaan ini boleh berlaku pada PRK DUN Rantau.

“Bagaimanapun, kemenangan itu merupakan satu bonus dan jika berlaku sebaliknya kita masih mentadbir kerajaan seperti sebelumnya,” katanya selepas selesai Program Publisiti Awal Rancangan Tempatan Daerah Kuala Pilah 2035 di sini, semalam.

Sementara itu, mengulas mengenai terdapat beberapa calon mahu bertanding dalam PRK DUN Rantau, Kok Seong berkata, itu adalah respon yang bagus namun terserah kepada pucuk pimpinan parti memilih calon sesuai berdepan Datuk Seri Mohamad Hasan.

“DAP akan turun berkempen pada PRK DUN Rantau selain memastikan calon PH menang pada PRK ini,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau yang juga bekas calon DUN Rantau PRU14, Dr S Streram akui hormati keputusan parti dalam memilih calon.

Artikel Berkaitan: