MOSTI setuju buka PPV di Tanjong Karang

Noh memuat naik status di Facebook beliau pada Rabu.
Noh memuat naik status di Facebook beliau pada Rabu.
A
A
A

TANJONG KARANG - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersetuju untuk membuka satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, perkara itu disahkan sendiri Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

"Saya telah menghubungi Khairy untuk membuka satu pusat suntikan vaksin (PPV) d IPP Tanjong Karang," katanya menerusi Facebook beliau pada Rabu.

Noh berkata, Khairy memaklumkan bahawa PPV itu dijangka dilaksanakan di Parlimen berkenaan.

"Beliau telah bersetuju dan dalam proses untuk melaksanakannya. Pembukaan PPV ini dapat memudahkan penduduk Tanjong Karang menerima suntikan," katanya.

Artikel Berkaitan: