X

Kindly register in order to view this article
!

Polis cari wanita pakai gelang 'pink'

Gelagat seorang wanita memakai gelang 'pink' dirakam seorang individu sebelum tular di laman sosial.
A
A

IPOH - Polis menerima laporan berhubung video tular wanita disyaki memakai gelang pesakit di bawah pengawasan (PUS) ketika menunggang motosikal di kawasan Bandar Baru Sri Klebang, Chemor di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Lee Swee Sake berkata, usaha sedang digerakkan untuk mengesan wanita terbabit supaya tindakan selanjutnya dapat diambil.

Menurutnya, individu tersebut akan dijejaki menerusi nombor pendaftaran kenderaan yang jelas kelihatan pada video tular itu.

"Laporan sudah dibuat semalam (Selasa) dan kita sedang menjejaki untuk mengeluarkan kompaun," katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.

Sebelum ini, tular di laman sosial video seorang wanita dipercayai memakai gelang merah jambu ketika menunggang motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam.

Difahamkan wanita terbabit singgah di sebuah kedai runcit di kawasan berkenaan sebelum orang awam merakamkan perbuatan itu menerusi video di telefon bimbit.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!