Perak tangga kedua penduduk lengkap vaksin

Saarani
Saarani
A
A
A

TANJUNG MALIM - Perak menjadi negeri kedua tertinggi merekodkan jumlah penduduk yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan seramai 104,742 rakyat negeri itu sudah menerima suntikan dos kedua selepas Selangor yang mencatatkan 145,973 penduduk.

"Perkembangan ini didorong oleh pelaksanaan pelbagai inisiatif termasuk program jangkauan komuniti atau 'outreach' yang dilaksanakan secara agresif sejak 11 Mei lalu.

"Melalui program itu, kesemua 3,194 warga emas yang mendiami 118 pusat jagaan dan tiga Rumah Seri Kenangan sudah mendaftar serta menerima suntikan dos pertama vaksin," Katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Politeknik Sultan Azlan Shah di sini pada Rabu.

Saarani berkata, seramai 3,750 pesakit dialisis telah melengkapkan dos kedua mereka sehingga Ahad lalu.

"Melalui inisiatif yang sama, mereka antara 4,131 pesakit yang menerima rawatan di 78 pusat dialisis kerajaan dan swasta di seluruh negeri manakala, selebihnya sedang menunggu giliran.

"Saya yakin dengan pelbagai inisiatif yang dijalankan termasuk program vaksinasi secara pandu lalu dan pembelian terus daripada Pharmaniaga akan memantapkan lagi program vaksinasi negeri," katanya.

Artikel Berkaitan: