'Bola sepak bukan seronok-seronok, bukan untuk glamour'

Paparan Instagram Rita Rudaini
Paparan Instagram Rita Rudaini
A
A
A

PELAKON Rita Rudaini mendakwa dan mendedahkan dia pernah dihubungi Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) untuk satu pertemuan tahun lalu.

Rita berkata, pertemuan itu untuk jalin kerjasama bagaimanapun dia tidak meneruskannya selepas mendapat maklumat mengenai persatuan itu diambang pembubaran.

Memetik Astro Awani, Rita memaklumkan PFA pernah menghubunginya, dipercayai ada kena mengena dengan kelab bola sepak RR Cougars FC yang ditubuhkannya tahun lepas.

"Saya tak pandang tawaran atau wang ringgit. Saya banyak 'kaki', dan bila dapat maklumat, saya putuskan untuk tidak jumpa mereka," kata Rita di Instagramnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Singa Utara disingkir dari Liga-M

Tambah Rita, kemelut yang melanda Singa Utara sedikit sebanyak memberi kesan kepada masyarakat di Perlis, khususnya peminat bola sepak.

"Saya sebagai rakyat Perlis rasa terhina dan malu apabila jadi begini. Bola sepak bukan seronok-seronok, bukan untuk glamour. Itu pekerjaan dan sumber rezeki mereka," kata Rita kesal.

Pelakon Anak Mami itu juga meminta pihak berwajib untuk turun padang dan bersama-sama mencari jalan penyelesaian kerana ramai antara pemain Perlis pernah menyarung jersi kebangsaan.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menerusi Ahli Lembaga Pengarahnya sebulat suara memutuskan membatalkan penyertaan Perlis dalam Liga Malaysia (Liga-M) 2019 berkuat kuasa serta merta.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dicapai setelah mereka mereka meneliti secara terperinci dokumen kewangan yang diserahkan oleh Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) pada 18 Februari lalu.