X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 09 Disember 2021

'Terima kasih Penganjur Tokyo 2020'

Reezal Merican
A
A

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan terima kasih atas pengesahan Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 yang mengalu-alukan penyertaan kontinjen negara ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.

Reezal Merican berkata, pengesahan berkenaan sekali gus menafikan, laporan berita yang mendakwa 10 negara termasuk Malaysia akan disekat daripada menyertai Sukan Olimpik dan Paralimpik kali ini.

Menurutnya, pengesahan berkenaan secara keseluruhannya menyaksikan atlet-atlet di negara ini kembali giat menjalani latihan sebagai persiapan bagi mengharungi dua temasya sukan terbesar di dunia itu kelak.

“Saya telah menerima pengesahan secara peribadi daripada Tuan Yang Terutama Oka Hiroshi, Duta Besar Jepun ke Malaysia dan juga Wisma Putra, susulan daripada kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 Toshiro Muto serta Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang menafikan laporan bahawa 10 negara termasuk Malaysia akan disekat daripada menyertai temasya itu bulan depan.

“Bagi pihak Kerajaan, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Oka Hiroshi, Duta Besar Jepun ke Malaysia yang sentiasa memberikan perkembangan terkini serta turut membantu mengesahkan bahawa Malaysia sentiasa dialu-alukan untuk menyertai temasya Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Dalam hal ini, saya bersyukur kesemua atlet kita dalam keadaan terbaik untuk menggalas cabaran menjulang Jalur Gemilang di Tokyo 2020 bermula 23 Julai 2021 nanti,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!