X

Kindly register in order to view this article
!

Penghantar makanan tidak mengaku cederakan isteri

A
A

SELAYANG - Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, empat hari lalu.

R Saravanan, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.

Mengikut pertuduhan, Saravanan didakwa menyebabkan kecederaan ke atas isterinya M Sivachangari, 39, di sebuah pangsapuri di Bandar Country Homes, Rawang di sini pada jam 9.45 malam, 5 Jun lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia juga boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Semasa, Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisak Hassni mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mohd Faiz memohon agar Saravanan diberi ikat jamin pada kadar minima.

"Ini kerana anak guam saya perlu menanggung anak yang masih belajar," katanya.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Nur Hafizah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan kes.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!