X

Kindly register in order to view this article
!

Muhyiddin akan pengerusikan mesyuarat Bersatu Johor

Muhyiddin
A
A

JOHOR BAHRU - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mempengerusikan mesyuarat khas Bersatu Johor yang akan diadakan secara maya pada 16 Jun ini.

Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam, Datuk Osman Sapian berkata, mesyuarat terbabit lebih menjurus kepada perbincangan bagi menangani penularan jangkitan Covid-19 di negeri ini.

"Ini merupakan mesyuarat pertama diadakan selepas mesyuarat Bersatu Johor dan Perikatan Nasional (PN) Johor di Putrajaya yang dipengerusikan Muhyiddin pada Mac lalu.

"Antara yang dibincangkan adalah bagaimana parti boleh membantu rakyat dalam menangani Covid-19 berikutan laporan berlaku peningkatan jangkitan Covid-19 di negeri ini sejak kebelakangan ini," katanya selepas menyerahkan sumbangan barang keperluan harian kepada pengamal media di Kempas pada Rabu.

Sementara itu Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas mencadangkan agar Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak dapat dibuka di luar bandar bagi memudahkan masyarakat terutamanya warga emas menerima suntikan vaksin.

Selain itu katanya, agensi awam negeri turut digesa membantu menyediakan pengangkutan terutama van bagi membawa penduduk terutamanya warga emas dan mereka yang mempunyai masalah pengangkutan ke PPV bergerak berkenaan.

"Di Johor terdapat kawasan pedalaman dan luar bandar yang sukar dilalui trak atau bas vaksin berikutan faktor laluan yang sempit dan hanya boleh dilalui kenderaan ringan.

"Justeru, saya cadangkan supaya PPV bergerak sama ada trak atau bas vaksin dapat distesenkan di kawasan strategik di luar bandar dengan pengangkutan terutama van daripada agensi negeri seperti Jabatan Agama Islam boleh disediakan bagi memudahkan penerima ke trak atau bas vaksin," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!