2,632 penyewa PPR terima manfaat tangguh bayaran sewa sebulan

Info grafik mengenai inisiatif penangguhan bayaran sewa PPR, Skim Smart Sewa.
Info grafik mengenai inisiatif penangguhan bayaran sewa PPR, Skim Smart Sewa.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 2,632 individu yang menyewa di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan menerima manfaat penangguhan bayaran sewa pada Julai depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, turut menerima manfaat itu ialah 477 peserta Skim Smart Sewa.

"Kesemua mereka akan menerima manfaat penangguhan bayaran sewa selama sebulan dengan impak kewangan berjumlah RM900,000," katanya ketika mengumumkan Pakej Kita Selangor 2.0 secara langsung di Facebook beliau pada Rabu.

Amiruddin dalam masa sama turut mengumumkan bantuan ‘one off’ berjumlah RM450 kepada kira-kira 1,018 pengusaha Taman Asuhan Kanak-Kanak (Tadika) di seluruh Selangor.

Beliau menjelaskan, seramai 10,197 guru tadika pula akan menerima RM150 dengan peruntukan keseluruhan bernilai RM500,000.

"Kerajaan negeri memahami kesukaran yang dihadapi pengusaha tadika dan guru tadika akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," ujarnya.

Artikel Berkaitan: