Tajuddin selesai bayar kompaun langgar SOP

Tajuddin
Tajuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman telah menjelaskan kompaun RM1,500 yang dikenakan terhadapnya berikutan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, bayaran kompaun itu dibuat Tajuddin kira-kira jam 3.30 petang di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Lembah Pantai, Kuala Lumpur, pada Rabu.

"Beliau telah selesaikan pembayaran kompaun hari ini," katanya pada Rabu.

Hari ini, Mohamad Zainal memaklumkan Pejabat Peguam Negara pada Selasa telah mengenakan tindakan kompaun terhadap Tajuddin kerana ingkar SOP PKP.

ARTIKEL BERKAITAN: Tajuddin dikompaun RM1,500 tidak pakai pelitup muka

Tajuddin dikompaun kerana gagal memakai pelitup muka semasa mengadakan sidang akhbar berkaitan insiden kemalangan tren di stesen transit aliran ringan (LRT) KLCC pada 25 Mei lalu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Artikel Berkaitan: