DAP suarakan isu kerajaan gagal tangani Covid-19

Guan Eng bercakap kepada media di pekarangan pintu 2, Istana Negara pada Rabu.
Guan Eng bercakap kepada media di pekarangan pintu 2, Istana Negara pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Isu kerajaan yang didakwa gagal menangani pandemik Covid-19 melanda negara antara usul yang disuarakan DAP ketika sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, beliau telah menyuarakan pandangan mengenai isu tersebut dan menyerahkan kepada Seri Padukan Baginda untuk menilai.

Beliau berkata, pihaknya percaya dengan beberapa perkara yang dibangkitkan selama satu jam sembah mengadap Seri Paduka Baginda, bakal memberi harapan kepada rakyat.

"Tuanku merupakan harapan kepada rakyat kerana Parlimen tidak bersidang, tak ada ruang untuk rakyat suarakan masalah mereka.

"Saya ada beri pandangan (isu kerajaan gagal) bukan hanya daripada pihak parti tetapi pandangan rakyat.

"Saya rasa Tuanku faham tentang perkara ini dan kita serah kepada kebijaksanaan Tuanku," katanya kepada media selepas keluar dari Istana Negara pada Rabu.

Guan Eng menambah, antara lain beliau turut menyampaikan pandangan mengenai isu ekonomi serta keperluan bantuan untuk rakyat termasuk rakyat miskin di kawasan pembangkang.

"Rakyat perlu dapat pembelaan khususnya dalam segi bantuan ekonomi yang lebih besar dan aspek vaksinasi yang harus disegerakan kepada seluruh rakyat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, media kini masih menunggu Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu yang memasuki Istana Negara sejak jam 3 petang tadi, selesai menghadap Al-Sultan Abdullah.

ARTIKEL BERKAITAN: Giliran Guan Eng tiba di Istana Negara