Enam kakitangan bank direman seminggu kes rasuah RM18 juta

Seramai enam kakitangan sebuah bank direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Rabu berhubung kes meminta dan menerima rasuah RM18 juta, pada 2018 hingga 2020.
Seramai enam kakitangan sebuah bank direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Rabu berhubung kes meminta dan menerima rasuah RM18 juta, pada 2018 hingga 2020.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai enam kakitangan sebuah bank di sekitar Lembah Klang direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, berhubung kes meminta dan menerima rasuah pinjaman peribadi bernilai RM18 juta pada 2018 hingga 2020.

Majistret Raja Nor Adilla Raja Mahyaldin mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan suspek bermula hari ini sehingga 15 Jun.

Suspek yang direman itu berusia antara 36 hingga 45 tahun disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Kesemua suspek tiba pada jam 10.55 pagi di mahkamah dengan memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dan bergari serta dikawal pegawai SPRM.

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM tahan 6 kakitangan bank minta rasuah lulus pinjaman peribadi

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan SPRM menahan enam pegawai dan kakitangan sebuah bank kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemohon-pemohon pinjaman peribadi melibatkan 110 transaksi berjumlah kira-kira RM18 juta.

Menurut sumber, wang rasuah tersebut ialah sebagai balasan untuk meluluskan permohonan pembiayaan daripada pemohon-pemohon yang sebenarnya tidak layak untuk membuat pinjaman.

Artikel Berkaitan:

"Mereka dipercayai telah meminta dan menerima wang suapan antara 15 hingga 35 peratus daripada sejumlah 110 pinjaman pembiayaan peribadi yang bernilai lebih kurang RM18 juta," katanya.