Polis siasat berita palsu vaksin AstraZeneca di Sarawak

Berita palsu mengenai vaksin AstraZeneca di Sarawak.
Berita palsu mengenai vaksin AstraZeneca di Sarawak.
A
A
A

KUCHING - Polis telah membuka kertas siasatan terhadap satu berita tidak benar berkaitan vaksin AstraZeneca diterima Sarawak yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook, Sarawak Covid-19 Awareness Grou’.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang kakitangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengenai berita tidak benar itu semalam, yang menyatakan bahawa jumlah dos vaksin AstraZeneca yang sepatutnya diterima Sarawak berkurang daripada jumlah sepatutnya.

Menurut Ahsmon, kenyataan seperti itu boleh menimbulkan kekeliruan dan persepsi negatif masyarakat terhadap kerajaan yang sedang berusaha sedaya upaya menyediakan vaksin kepada rakyat.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa perlu) (no. 2) 2021. Ordinan ini memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Polis, kata Ahsmon dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga akan memburu individu yang terbabit dalam kes itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: