X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Dagangan di Bursa Malaysia kekal rendah tengah hari

Urus niaga di Bursa Malaysia ditutup rendah pada sesi dagangan awal hari ini, seiring dengan trend menurun di pasaran serantau.
A
A

URUS niaga di Bursa Malaysia ditutup rendah pada sesi dagangan awal hari ini, seiring dengan trend menurun di pasaran serantau.

Pada pukul 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang merupakan penanda aras pasaran menyusut 3.05 mata kepada 1,584.91 daripada 1,587.96 pada penutupan hari sebelumnya.

Indeks utama dibuka 1.55 mata lebih baik pada 1,589.51 hari ini dan berlegar antara 1,581.88 dan 1,590.77 sepanjang sesi pagi hingga tengah hari.

Pergerakan harga di pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 558 berbalas 308 manakala 467 kaunter tidak berubah, 815 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung urus niaga.

Jumlah dagangan adalah 3.37 bilion saham bernilai RM1.59 bilion.

Bagi prestasi serantau, Nikkei 225 Jepun turun 0.30 peratus menjadi 28,876.87, Hang Seng Hong Kong lemah 0.07 peratus kepada 28,762.26 dan Indeks Straits Times Singapura 0.27 peratus lebih rendah kepada 3,158.45.

Seorang penganalisis menyatakan pasaran serantau meneruskan aliran menurun hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi bercampur-campur pasaran semalaman saham AS dengan kekurangan pemangkin pasaran yang jelas menyebabkan pelabur menjauhi pasaran.

Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd, Wall Street terus tersekat dalam julat sempit kerana peniaga masih mengambil sikap tunggu dan lihat menjelang pengeluaran data ekonomi AS.

Indeks Purata DJI turun 30 mata untuk berakhir pada sekitar 34,600 sementara Nasdaq memperoleh 43 mata, menghampiri paras 14,000.

"Sehubungan dengan itu, kami percaya pasaran serantau dijangka bergerak bercampur-campur hari ini tanpa sebarang pemangkin baharu.

"Di pasaran tempatan pula, kami yakin beberapa pengambilan untung mungkin muncul berikutan penutupan yang kukuh semalam dan oleh itu kami berpendapat FBM KLCI akan berada dalam julat 1,580-1,590 hari ini," katanya dalam nota penyelidikannya hari ini.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM8.20, Public Bank turun empat sen kepada RM4.23 dan PetChem naik tiga sen kepada RM8.09.

Bagi saham aktif, Focus Dynamics turun setengah sen kepada empat sen, Serba Dinamik menambah dua sen kepada 64 sen dan Dagang Nexchange naik setengah sen kepada 85.5 sen.

Kaunter paling kerugian termasuk Nestle yang turun RM1.10 kepada RM134.90, Greatech susut 60 sen kepada RM5.20 dan Panasonic menyusut 30 sen kepada RM32.60.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 30.65 mata kepada 11,551.62, Indeks FBMT 100 susut 30.86 mata kepada 11,240.69 dan FBM ACE kerugian 113.26 mata kepada 7.599.14.

Indeks FBM Emas Syariah lebih rendah 34.69 mata kepada 12,695.02 dan FBM 70 lemah 76.90 mata kepada 14,944.82.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 51.15 mata kepada 15,311.27, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 1.04 mata kepada 192.63 dan Indeks Perladangan jatuh 33.47 mata kepada 6,783.56. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!