'Phua Chu Kang' dilarang memandu selama tiga bulan

Pelakon Singapura Gurmit Singh yang terkenal menerusi sitkom 'Phua Chu Kang' didenda S$800 dan dilarang memandu selama tiga bulan setelah mengaku bersalah memandu melebihi had laju.
Pelakon Singapura Gurmit Singh yang terkenal menerusi sitkom 'Phua Chu Kang' didenda S$800 dan dilarang memandu selama tiga bulan setelah mengaku bersalah memandu melebihi had laju.
A
A
A

SINGAPURA - Pelakon Singapura Gurmit Singh yang terkenal menerusi sitkom 'Phua Chu Kang' didenda S$800 dan dilarang memandu selama tiga bulan setelah mengaku bersalah memandu melebihi had laju.

Gurmit yang mempunyai ramai pengikut di Malaysia berjanji "melakukan yang lebih baik untuk menjadi pemandu dan penunggang yang lebih berhemah".

"Hai semua. Anda mungkin telah atau tidak pernah mendengar berita itu tetapi saya hanya ingin mengatakan bahawa saya memohon maaf, dan saya harap dapat melakukan yang lebih baik. Jaga diri, ” katanya di akaun Instagramnya.

Menurut The Straits Times, pada April, Gurmit, 56, ditahan ketika memandu pada kelajuan 131kmj di sepanjang Woodlands Avenue 12 menuju Seletar Expressway yang had lajunya adalah 70kmj.

Gurmit boleh dipenjara hingga tiga bulan atau denda hingga S$1,000 kerana memandu laju sementara mereka yang disabitkan dengan kesalahan sama lebih sekali boleh dipenjara hingga enam bulan atau denda hingga S$2,000.

Laporan itu menyebut selebriti itu, yang nama penuhnya adalah Gurmit Singh Virk Chainchal Singh, sebelumnya tidak pernah mempunyai rekod kesalahan. - Bernama

Artikel Berkaitan: