Gagal patuhi SOP, DBKL kompaun 22 premis

Antara premis yang diperiksa DBKL dan dikesan melanggar SOP PKP.
Antara premis yang diperiksa DBKL dan dikesan melanggar SOP PKP.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 27 kompuan dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam tempoh tiga hari ke atas 22 premis yang melanggar syarat dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Unit Media DBKL berkata, tindakan khas oleh Jabatan Penguatkuasaan (JPK) itu dijalankan sekitar Pusat Bandar Utara dan Pasar Harian Selayang bermula 3 Jun lalu.

Menurutnya, antara kesalahan yang dikesan termasuk menggajikan pekerja asing tanpa kebenaran dan beroperasi melebihi had waktu ditetapkan.

"Sebanyak 22 notis kompaun dikeluarkan atas kesalahan di bawah Peraturan 16, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana pemilik premis gagal mematuhi waktu operasi premis perniagaan yang ditetapkan dalam tempoh PKP.

"Tindakan penguatkuasaan juga melibatkan tiga kompaun kepada pemilik premis yang menggajikan pekerja tanpa kebenaran yang sah dan satu notis kompaun terhadap sebuah premis yang membuat halangan di lorong belakang premis melalui Seksyen 69(3), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, " katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Selasa.

Pemeriksaan dilakukan oleh anggota Jabatan Penguatkuasaan DBKL.
Pemeriksaan dilakukan oleh anggota Jabatan Penguatkuasaan DBKL.

Menurut beliau, tindakan penguatkuasaan yang dilakukan adalah mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang serta SOP DBKL dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

DBKL turut mengingatkan kepada semua pemilik premis perniagaan dan individu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sehingga tamat tempoh PKP.

"Sebarang aduan, warga kota boleh menyalurkan kepada pihak DBKL secara online melalui pautan http://ispaaadbkl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do," katanya.