Foden berterima kasih diberikan peluang kedua wakili England

Foden turut mewarnakan rambutnya ala bekas bintang England, Paul Casgoine atau lebih dikenali sebgai Gazza.
Foden turut mewarnakan rambutnya ala bekas bintang England, Paul Casgoine atau lebih dikenali sebgai Gazza.
A
A
A

BINTANG Manchester City, Phil Foden mengakui dia berterima kasih kepada Gareth Southgate kerana memilihnya untuk mewakili England bagi mengharungi aksi Euro 2020.

Foden berkata, biarpun pernah dipalit kontroversi bersama Mason Greenwood September lalu kerana ketika berada di Iceland sehingga disingkirkan daripada pasukan kerana melanggar peraturan kuarantin, namun dia masih berpeluang mewakili skuad The Three Lions itu.

“Saya mengaku telah melakukan kesilapan besar. Saya masih muda ketika itu, namun Southgate berkata, jika saya terus beraksi dengan baik saya mungkin akan diberikan peluang sekali lagi.

“Oleh itu saya perlu terus bekerja keras bagi membuktikannya. Lagi pun, tidak banyak pengurus pasukan yagn akan memberikan anda peluang kedua seperti ini; dan saya akui saya perlu berterima kasih kepadanya (Southgate),” katanya.

Untuk rekod, Foden dan Greenwood telah ditangkap membawa masuk gadis-gadis ke bilik hotel mereka dan rakaman perbuatan berkenaan telah tersebar di media-media sosial.

Berikutan insiden berkenaan, kedua-duanya telah disingkirkan daripada kem England ketika itu atas isu disiplin selain telah melanggar peraturan keselamatan di Iceland untuk mencegah penyebaran penyakit.

Sementara itu, Foden berjanji untuk memberikan aksi terbaiknya untuk menjamin kejayaan skuad The Three Lions itu pada Euro kali ini.

Katanya, berdasarkan kepada pemain yang dipilih Southgate, dia yakin skuad kali ini mampu mara lebih jauh sebagaimana yang dilakukan ketika Piala Dunia 2018 lalu yang menyaksikan England mara ke separuh akhir.

Artikel Berkaitan:

“Saya yakin skuad kali ini mampu mara lebih jauh. Saya sendiri adalah salah seorang peminat pasukan England sejak kecil.

“Untuk Euro, kali ini saya turut mewarnakan rambut, ala gaya Paul Casgoine atau Gaza.

“Bagi saya, sejak dahulu pasukan ini memiliki ramai pemain yang hebat. Oleh itu, apa yang perlu saya dan rakan-rakan sepasukan lakukan adalah untuk mencipta legasi kejayaan kami sendiri,” katanya.