Kembangkan aset wakaf untuk kukuhkan ekonomi

Mohd Nazri ketika menjadi tetamu Wacana Sinar Harian edisi ke- 263 bertajuk Wakaf: Kejutkan 'The Sleeping Giant' yang disiarkan secara maya di semua platform digital Sinar Harian pada malam Selasa.
Mohd Nazri ketika menjadi tetamu Wacana Sinar Harian edisi ke- 263 bertajuk Wakaf: Kejutkan 'The Sleeping Giant' yang disiarkan secara maya di semua platform digital Sinar Harian pada malam Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Aset wakaf sedia ada perlu dibangunkan dan dikembangkan supaya dapat memperkukuhkan lagi ekonomi rakyat khususnya umat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja MyWakaf AIBIM Bank Islam, Mohd Nazri Chik berkata, langkah itu perlu supaya potensi ekonominya memberi manfaat kepada masyarakat.

"Sebenarnya wakaf ini telah berjalan dalam kalangan anggota masyarakat di Malaysia dan juga luar negara.

"Cuma tinggal lagi sama ada ia telah menjadi 'giant' atau terus menjadi 'sleeping giant'.

"Dalam konteks kita di Malaysia, ada beberapa fokus yang perlu dilakukan antaranya aset wakaf sedia ada pada ketika ini hendaklah dibangunkan dan dikembangkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu Wacana Sinar Harian edisi ke- 263 bertajuk Wakaf: Kejutkan 'The Sleeping Giant' yang disiarkan secara maya di semua platform digital Sinar Harian pada malam Selasa.

Selain itu Mohd Nazri berkata, institusi wakaf juga perlu memikirkan kelas-kelas aset baharu yang boleh mengembangkan lagi nilai aset wakaf sedia ada.

Bagaimanapun katanya, setiap institusi wakaf seharusnya terlebih dahulu memiliki pengurusan risiko yang baik agar pelaburan yang dibuat tidak mengalami kerugian.

Artikel Berkaitan: