X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Deschamps gusar Benzema cedera

Benzema diharap sempat pulih menjelang aksi berdepan Jerman, 15 Jun ini.
A
A

PENGENDALI Perancis, Didier Deschamps menegaskan pihaknya gusar mengenai kecederaan penyerang, Karim Benzema pada aksi persahabatan berdepan Bulgaria di Stade de France, pada awal pagi Selasa.

Deschamps berkata, kecederaan pemain berusia 33 tahun itu dilihat agak membimbangkan kerana ia turut memberikan kesan kepada persiapan pasukan menjelang Euro 2020 yang bakal bermula 12 Jun ini.

Menurutnya, biarpun telah enam tahun tidak dipanggil beraksi untuk Perancis, namun dia tetap yakin Benzema masih mampu meledak jaringan buat Les Bleus.

“Pada perlawanan persahabatan ini, kami dapati Benzema telah bertembung (berlaga) dengan pemain Bulgaria dan akibatnya, dia mengalami kecederaan.

“Pertembungan itu telah menyebabkan Benzema mengalami kecederaan otot di atas lututnya dan kami dapati ia agak serius.

“Bagaimanapun dia kini sedang menjalani rawatan di bawah pengawasan pihak perubatan pasukan,” katanya.

Benzema dilaporkan mengalami kecederaan berkenaan setelah berlaga dengan pertahanan Bulgaria, Ivan Turitsov pada minit ke-37, hingga terpaksa dikeluarkan dan digantikan oleh Oliver Giroud.

Perancis menang 3-0 pada aksi pershabatan berkenaan hasil jaringan Antoine Griezmann pada minit ke-29 dan Giroud pada minit ke-83 dan 90.

Sementara itu Deschamps berharap Benzema sempat pulih daripada kecedeeraan berkenaan menjelang aksi pembukaan Kumpulan F berdepan Jerman pada 15 Jun.

“Walaupun agak tipis, tapi tetap mengharapkan agar dia (Benzema), sempat sembuh untuk diturunkan berdepan Jerman nanti,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!