Lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing

Mangsa dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Rasah, Hulu Selangor pada Selasa. - Foto: Ihsan BBP Bukit Sentosa
Mangsa dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Rasah, Hulu Selangor pada Selasa. - Foto: Ihsan BBP Bukit Sentosa
A
A
A

HULU SELANGOR - Seorang lelaki berusia 30an dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Rasa di sini pada Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.03 malam.

Menurutnya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dikejarkan ke tempat kejadian.

"Operasi mencari dan menyelamat dilakukan dengan menggunakan teknik pencarian dasar (surface searching) di sekitar lokasi kejadian.

"Operasi pencarian kemudian diteruskan oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jam 9 pagi Rabu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan: