Al Sultan Abdullah lawat pembangunan Projek Pekan Sentral

Al Sultan Abdullah (dua, kiri) meninjau Projek Pekan Sentral menerusi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), hari ini.
A
A

PEKAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah mencemar duli berangkat ke Majlis Taklimat Pembangunan Projek Pekan Sentral dan melawat Komplek Sukan Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini.

Yang di-Pertua Majlis Daerah Pekan (MDP), Datuk Rose Shamsul Abdul Razak menyampaikan taklimat ringkas mengenai Projek Pekan Sentral menerusi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang menyiapkan sebuah Mini Stadium dan sebuah bangunan dewan serbaguna di atas tanah seluas 14.67 ekar.

Rose Shamsul berkata, Komplek sukan yang dinamakan sebagai Komplek Sultan Haji Ahmad Shah itu dilengkapan padang bola sepak dengan 1,000 tempat duduk penonton dan trek olahraga serta lampu limpah.

Menurutnya, kemudahan tersebut mula dibina pada 6 Mac 2017, siap sepenuhnya 30 Oktober 2018 sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri sebelum diserahkan kepada MDP pada 18 Febuari 2019.

"Terdapat dewan serbaguna Seri Inderapura bersebelahan Mini Stadium yang lengkap dengan tiga buah gelanggang badminton

"Kawasan ini juga dibina parkir kenderaan dan juga petak parkir bas ", katanya dalam persembahan taklimat kesisi Al-Sultan Abdullah di sini, hari ini.

Pada masa sama, Rose Shamsul berkata MDP turut bercadang membangunkan kawasan dihadapan Komplek Sukan diatas tanah seluas enam ekar dengan pembangunan bercampur.

"Antara cadangan pembinaan kawasan tersebut bangunan sebuah terminal bas dan sebuah pasar baharu yang boleh menampung lebih ramai peniaga,"katanya.

Al Sultan Abdullah kemudian berangkat turun meninjau permukaan padang bolasepak yang ditanam dengan rumput jenis 'Cow Grass' sebelum berangkat pulang.