Kerajaan perpaduan bukan keutamaan Al-Sultan Abdullah

Sivamurugan
Sivamurugan
A
A
A

SHAH ALAM - Penganalisis politik, Profesor Dr Sivamurugan Pandian tidak melihat penubuhan kerajaan perpaduan menjadi keutamaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam perjumpaan bersama pemimpin parti politik nanti.

Beliau menjangkakan, apa yang diutamakan dalam perjumpaan itu ialah mengenai pembukaan semula Parlimen, darurat, isu Covid-19 dan pemberian vaksin Covid-19 kepada rakyat.

“Mungkin pertemuan itu untuk membolehkan masing-masing memberikan pandangan dan Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan.

“Saya percaya, ia harus kita lihat menggunakan kearifan Yang di-Pertuan Agong di bawah Istana Negara agar keputusan terbaik melanda rakyat dapat dicapai,” katanya pada Selasa.

Sivamurugan berkata, dalam perjumpaan berkenaan, perkara yang mungkin dibincangkan adalah mengenai keperluan diadakan sidang Parlimen secara hibrid.

“Ia harus dilihat sebagai satu krisis nasional dan mana-mana pihak boleh menyumbang kepada proses pemulihan dengan lebih cepat,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong cari jalan selesai kemelut negara

Artikel Berkaitan: