Ingat ukhuwah, elak sombong

No Image Caption
A
A
A

AWANG terkejut juga baca cerita pasal Menteri Besar (MB) Kedah pandu uji kereta pada masa Covid-19, bukan di Kedah, tapi di Juru, Pulau Pinang.

Awang harap berita itu tidak benar. Polis pun dengarnya sedang buat siasatan sama ada beliau melanggar peraturan SOP semasa PKP.

Jika salah, tetap salah walaupun beliau seorang MB. Dalam situasi sekarang tidak ada kelas kayangan atau kelas rakyat, semuanya sama.

Rakyat tak mahu tindakan hanya pada rakyat biasa, yang ada kuasa dan kedudukan bebas lepas.

Awang rasa MB Kedah ini begitu banyak kontroversi dalam waktu pemerintahan yang begitu singkat.

Beliau batalkan cuti Thaipusam menyebabkan penganut agama Hindu marah. Di media arus perdana dan media sosial, hal itu dibincangkan dengan hangat.

Lepas itu timbul isu air dengan kerajaan Pulau Pinang.

Semua orang terkejut apabila beliau berkata, Pulau Pinang mungkin akan menyedut air selut sekiranya gagal buat bayaran. Beliau kata itu hanya amaran awal.

Mungkin MB daripada Pas ini sudah lupa makna ukhuwah, bersangka baik dan semangat kejiranan.

Jikalau benci pada kerajaan negeri pimpinan DAP sekalipun beliau kena ingat, yang di Pulau Pinang itu rakyat Malaysia juga.

Ramai orang Melayu beragama Islam dan mungkin juga ada penyokong Pas di sana. Takkanlah dia tergamak keluar cakap sampai minum air selut.

Artikel Berkaitan:

Kadang-kadang, apabila kita berkuasa kita mudah lupa kita bukan MB Pas tetapi MB semua orang.

MB daripada parti Pas sudah lama pimpin Kelantan dan ada yang perintah Terengganu tapi belum ada yang semacam ini.