Suspek utama serangan pub diberkas

Fadzil
Fadzil
A
A
A

SHAH ALAM - Pihak polis berjaya memberkas suspek utama kejadian serangan sebuah pub di Pusat Perniagaan 8th Avenue, Seksyen 8, Petaling Jaya sehingga menyebabkan kematian seorang pengurus pusat hiburan berusia 28 tahun, 16 Disember lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, A Ragu, 28 diburu polis susulan insiden tersebut berjaya dikesan di Taman Bukit Indah Johor Bharu jam 3 petang tadi.

"Jabatan Siasatan Jenayah Selangor telah mengesan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki oleh tiga lelaki yang bertindak memecut kenderaan melarikan diri sebaik menyedari diekori.

"Kenderaan suspek berjaya dikesan semula di kawasan Pedas, di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menghala Kuala Lumpur," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis tahan enam suspek bantu siasatan

Katanya, suspek bersama dua rakan berjaya diberkas jam 5.30 petang selepas berlaku pergelutan dan insiden kereta dinaiki pasukan dirempuh.

Tambahnya lagi, kesemua suspek akan ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, lima individu telah ditahan pada hari kejadian untuk membantu siasatan namun dibebaskan dimana dua daripada mereka dibebaskan dengan bon.

Artikel Berkaitan:

"Seramai tiga suspek telah disenarai sebagai individu yang dikehendaki dalam kes ini termasuk Ragu, seorang ahli Geng 08 Spider Banting.

"Suspek mempunyai sepuluh rekod lampau melibatkan Jenayah Kekerasan, Akta Senjatapi 1971, Dadah dan Jenayah Terancang di bawah prosedur Sosma," katanya.

Kes disiasat di bawak 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.