Pemimpin tertinggi Pas 'ghaib' di Semenyih, ini kata KJ

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyampaikan ceramah di Kampung Sungai Lalang Semenyih malam ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyampaikan ceramah di Kampung Sungai Lalang Semenyih malam ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

SEMENYIH - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan Pas tidak membantu BN dalam PRK DUN Semenyih.

Katanya, beliau difahamkan pemimpin tertinggi Pas akan turun di sini dalam masa terdekat.

Katanya, apa yang boleh beliau simpulkan di Semenyih adalah kerjasama BN-Pas amat erat.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyampaikan ceramah di Kampung Sungai Lalang Semenyih malam ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyampaikan ceramah di Kampung Sungai Lalang Semenyih malam ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

"Yang saya lihat di peringkat akar umbi dan jentera parti semua berjalan seperti diharapkan. Kerjasama daripada Cameron Highlands itu berterusan dan kalau malam ini ceramah saya pun dihadiri oleh wakil Pas yang menjadi pencadang kepada calon BN.

"Kalau dilihat daripada mata kasar, di peringkat pelaksanaan sahaja. Kita jangan cerita di peringkat atas, kerjasama ini berterusan dan saya difahamkan kita sedang merancang untuk mengadakan ceramah perdana yang melibatkan kepimpinan tertinggi daripada kedua-dua parti. Jadi kita tunggu dan lihat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Kampung Sungai Lalang, di sini, sebentar tadi.

Sementara menyentuh mengenai kehadiran Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak ke Semenyih, Khairy berkata itu hak mereka.

"Walaupun Datuk Seri Zahid bercuti beliau masih Presiden UMNO dan tidak salah beliau turun ke Semenyih lagipun beliau maklumkan kehadiran beliau tidak ada keraian besar-besaran, ceramah mega malah secara terbuka.

Artikel Berkaitan:

"Beliau hanya pergi ke surau, biarlah kerana beliau masih lagi Ketua Pembangkang dan Presiden, saya tidak melihat ini sebagai satu masalah," katanya.