X

Kindly register in order to view this article
!

Cheng Hoe tekad padam rekod buruk

Cheng Hoe (tengah) mengendali sesi latihan Harimau Malaya di Dubai pada Isnin. - Foto FB FAM
A
A

PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mahu skuad bimbingannya tidak mensia-siakan peluang untuk menamatkan rekod buruk menentang Vietnam apabila kedua-dua pasukan bertembung tengah malam Sabtu ini.

Aksi Kumpulan G Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu akan menjadi pertemuan kelima kedua-dua pasukan sejak Cheng Hoe dilantik sebagai ketua jurulatih dengan Vietnam memenangi tiga daripada empat aksi terakhir dan sekali seri.

Rekod pertemuan itu disifatkan Cheng Hoe sudah cukup untuk memberikan pengajaran berguna kepada barisan pemainnya supaya tampil lebih bersedia berdepan cabaran skuad Naga Emas kendalian jurulatih Park Hang-seo kali ini.

Pengendali berusia 53 tahun itu turut menggesa setiap pemain khususnya jentera serangan pasukannya untuk tampil lebih berkesan di depan gawang, dengan tidak melepaskan peluang untuk meledak jaringan.

“Memang kita tahu dalam empat perlawanan terakhir pasukan tidak dapat kemenangan, tetapi saya rasa pemain pun sudah tahu cara atau corak permainan Vietnam. Kita mesti mengambil setiap peluang yang berada di depan mata.

“Setiap kali bertemu Vietnam kita juga dapat banyak peluang jaringkan gol, sebab itu kita perlu fokus terus mencari peluang-peluang terbaik dan menjaringkan gol, apabila berada di hadapan gol,” katanya pada sidang media secara dalam talian sesi latihan skuad kebangsaan di Dubai, hari ini.

Kejayaan menewaskan Vietnam akan menghidupkan peluang skuad kebangsaan dalam misi menamatkan saingan Kumpulan G di kedudukan dua teratas, bagi meraih slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!