X

Kindly register in order to view this article
!

Sindiket penyeludupan Rohingya ke Malaysia akan diburu

Hamzah diberi penerangan oleh Pengarah Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Kapten Khoo Teng Chuan (kanan) ketika melawat SWASLA Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sempena Lawatan Kerja ke Pusat Kawalan Daerah (ACC) Klang, pada Selasa. -Foto Bernama
A
A

PELABUHAN KLANG - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini memberi amaran akan memburu sindiket yang cuba membawa masuk etnik Rohingya yang mendarat di Aceh, Indonesia baru-baru ini, ke negara ini.

Beliau berkata, pihak berkuasa menerima maklumat ada cubaan membawa masuk kumpulan itu ke Malaysia.

“... laluannya adalah dari Bangladesh ke Aceh serta cuba masuk ke dalam Malaysia dan Thailand,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja ke Area Control Centre Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) di sini pada Selasa.

Beliau mengulas perkara tersebut susulan laporan akhbar berhubung kira-kira 80 etnik Rohingya yang telah mendarat di Aceh dan cuba memasuki Malaysia baru-baru ini.

Sementara itu, mengenai isu penempatan Bukit Malut, Langkawi yang dikatakan dipenuhi warga Myanmar, beliau berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan meneliti masalah tersebut bagi menggubal satu dasar untuk menyelesaikannya.

"Ia telah menjadi masalah besar dan bukan hanya sekarang tetapi sudah bertahun-tahun. Jadi, perkara ini akan jadi agenda utama MKN melalui sesuatu polisi yang boleh menyelesaikan isu tersebut," katanya. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!