Covid-19: Indonesia catat 6,294 rekod baharu

Jumlah pesakit yang pulih daripada jangkitan virus itu meningkat 5,805, iaitu kepada 1,717,370, sementara jumlah kematian meningkat 189 menjadi 51,992.
Jumlah pesakit yang pulih daripada jangkitan virus itu meningkat 5,805, iaitu kepada 1,717,370, sementara jumlah kematian meningkat 189 menjadi 51,992.
A
A
A

JAKARTA - Indonesia menyaksikan tambahan 6,294 jangkitan Covid-19 baharu pada Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sejak permulaan pandemik pada bulan Mac, 2020 kepada 1,869,325, menurut data yang dimuatnaik di laman twitter rasmi Agensi Pengurusan BencanaNasional Indonesia @BNPB_Indonesia.

Jumlah pesakit yang pulih daripada jangkitan virus itu meningkat 5,805, iaitu kepada 1,717,370, sementara jumlah kematian meningkat 189 menjadi 51,992.

Lebih 17.7 juta penduduk Indonesia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19, manakala lebih 11.1 juta telah lengkap dos kedua.

Indonesia memulakan program vaksinasi pada 13 Januari, menggunakan vaksin Sinovac, AstraZeneca dan Sinopharm. - Bernama

Artikel Berkaitan: