Pas konsisten dokong keputusan Yang di-Pertuan Agong

Idris Ahmad
Idris Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Pas konsisten mempertahankan institusi diraja dan segala keputusan yang dilakukan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menjaga kedaulatan dan keamanan negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad berkata, Seri Paduka Baginda terbukti telah mentadbir negara dengan penuh adil lagi bijaksana dalam menguruskan wabak Covid-19 dan polemik politik yang berlaku.

Menurutnya, kebijaksanaan Seri Paduka Baginda yang berkenan mengisytiharkan Proklamasi Darurat pada 12 Januari 2021 merupakan keputusan tepat kerana ia amat penting bagi memastikan kerajaan dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap usaha menangani Covid-19.

“Kuasa Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara telah dijalankan dengan sebaiknya dengan membenarkan pelaksanaan pentadbiran badan eksekutif mengikut kedaulatan undang-undang dalam menyelesaikan isu ancaman nyawa

Tangkap layar hantaran di Facebook Dewan Ulamak Pas Pusat pada Selasa.
Tangkap layar hantaran di Facebook Dewan Ulamak Pas Pusat pada Selasa.

+

“Dalam pada itu, jika diimbas kembali fasa kritikal polemik politik negara setelah Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketujuh meletakkan jawatan pada awal tahun lalu juga berjaya diurus dengan penuh kebijaksanaan oleh Baginda Sultan bersama Majlis Raja-Raja Melayu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook Dewan Ulamak Pas Pusat pada Selasa.

Menurut Idris, proses bagi mengisi kekosongan jawatan penting negara itu juga dilaksanakan dengan penuh adil mengikut sistem perundangan dan Perlembagaan negara tanpa sebarang kekacauan mahupun pertumpahan darah.

“Justeru, PAS konsisten mempertahankan institusi diraja sebagai payung negara selaras Perlembagaan Persekutuan. Rakyat Malaysia bersatu hati mendukung Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta segala keputusan Seri Paduka Baginda demi menjaga kedaulatan dan keamanan negara,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: