Polis tambah SJR tutup jalan hubung Penampang, Putatan

Mohd Haris meninjau jalan yang menghubungkan Penampang dengan Kota Kinabalu dan Putatan ditutup di sekitar Penampang pada Selasa.
Mohd Haris meninjau jalan yang menghubungkan Penampang dengan Kota Kinabalu dan Putatan ditutup di sekitar Penampang pada Selasa.
A
A
A

PENAMPANG - Polis menambah satu lagi lokasi sekatan jalan raya (SJR) dan menutup beberapa jalan utama menghubungkan daerah ini ke Kota Kinabalu dan Putatan.

Penambahan SJR dan penutupan jalan itu susulan arahan terbaharu kerajaan negeri bahawa Penampang, Kota Kinabalu dan Putatan bukan lagi dikategorikan sebagai satu daerah.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, terdapat empat SJR didirikan di daerah ini, namun susulan pengumuman itu, satu lagi SJR di Jalan Tulangis yang menghubungkan antara Putatan dan Penampang didirikan.

"Selain itu, kita juga mengenal pasti beberapa laluan alternatif yang kita percaya dilalui pengguna jalan raya Penampang dan Putatan untuk mengelak daripada SJR.

Penambahan SJR dan penutupan jalan itu susulan arahan terbaharu kerajaan negeri bahawa Penampang, Kota Kinabalu dan Putatan bukan lagi dikategorikan sebagai satu daerah.
Penambahan SJR dan penutupan jalan itu susulan arahan terbaharu kerajaan negeri bahawa Penampang, Kota Kinabalu dan Putatan bukan lagi dikategorikan sebagai satu daerah.

"Sehubungan itu, polis mengambil inisiatif menutup sebanyak tiga pusingan U serta dua jalan utama iaitu Jalan Kobusok berhampiran stesen minyak dan kedua jalan masuk dari Penampang ke kawasan Cyber City (Kapayan) di mana dua kawasan ini dipercayai sebagai laluan utama penduduk," katanya kepada pemberita selepas meninjau SJR di Kampung Kobusak di sini pada Selasa.

Beliau berkata, selepas membuat penilaian, didapati penutupan jalan terbabit tidak juga membebankan masyarakat yang tinggal di sekitar kawasan berkenaan.

"Ini kerana jalan terbabit boleh tembus ke kawasan jalan lain dalam daerah Penampang bagi mereka yang pergi bekerja atau mendapatkan barang keperluan lain serta untuk tujuan mendapatkan rawatan kesihatan.

Artikel Berkaitan:

"Jadi kita berharap masyarakat setempat dapat memberi kerjasama kepada polis dengan tidak membuka laluan ini secara tidak sah sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tamat," katanya.