X

Kindly register in order to view this article
!

Jumlah kematian Covid-19 India lepasi 350,000

Kementerian Kesihatan India mengesahkan angka kematian Covid-19 India mencapai jumlah 351,309 pada Selasa. Foto Xinhua
A
A

NEW DELHI - Kementerian Kesihatan India mengesahkan angka kematian Covid-19 India mencapai jumlah 351,309 pada Selasa.

Dalam tempoh 24 jam terakhir, India mencatatkan 2,123 kematian akibat pandemik itu, lapor Xinhua.

Selain itu, sejumlah 86,498 kes Covid-19 baharu didaftarkan sejak pagi Isnin dengan jumlah keseluruhan 28,996,473 kes.

Ia merupakan lonjakan terendah dalam sehari sejak lebih dua bulan lepas.

Masih terdapat 1,303,702 kes aktif di negara ini dengan penurunan sebanyak 97,907 kes dalam 24 jam terakhir.

Jumlah kes aktif harian juga menurun sejak beberapa hari terakhir, setelah menyaksikan peningkatan berterusan sejak pertengahan April.

Setakat ini, sejumlah 27,341,462 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital di seluruh negara, menurut data terbaharu dari kementerian kesihatan persekutuan. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!