X

Kindly register in order to view this article
!

5,566 kes positif hari ini

Gambar hiasan
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kes sembuh Covid-19 di negara ini mengatasi kes baharu positif selama dua hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh dilaporkan pada Selasa ialah sebanyak 6,962 kes, manakala kes positif baharu pula ialah sebanyak 5,566 kes.

"Jumlah keseluruhan kes sembuh ialah 541,319 kes, sementara 627,652 merupakan jumlah kumulatif kes positif," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, terdapat empat kes import yang mendapat jangkitan daripada luar negara dilaporkan pada Selasa.

"Sebanyak 5,562 kes merupakan penularan dalam negara," ujarnya.

Beliau berkata, terdapat sebanyak 82,797 kes aktif yang direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Seramai 903 pesakit Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 458 memerlukan bantuan pernafasan," kata beliau.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah kematian berkaitan Covid-19 pula ialah seramai 76 orang termasuk seorang melibatkan warga asing.

Menurutnya, kes kematian pada Selasa melibatkan sebanyak 18 kes di Selangor, selain Johor (13), Negeri Sembilan (sembilan), Kuala Lumpur (lapan), Labuan (tujuh), Kelantan (empat), Melaka (empat), Kedah (empat), Terengganu (tiga), Perak (dua), Pahang (dua), Sabah (satu) dan Sarawak (satu).

"Pesakit tersebut berusia lingkungan 28 hingga 84 tahun dengan pelbagai penyakit lain. Jumlah keseluruhan kes kematian ialah seramai 3,536 orang," katanya.

Mengulas mengenai penularan dalam negara, beliau berkata, Selangor merekodkan sebanyak 1,524 kes positif pada Selasa.

Katanya, ia diikuti Sarawak sebanyak 707 kes, selain Negeri Sembilan (505), Kuala Lumpur (466), Johor (456), Sabah (305), Melaka (314), Perak (225), Kelantan (204), Labuan (191), Pulau Pinang (185), Pahang (157), Kedah (143) dan Terengganu (106).

"Sementara, Putrajaya pula melaporkan sebanyak 27 kes dan satu kes direkodkan di Perlis," katanya.

Tambah beliau, KKM turut mengenal pasti sebanyak 24 kluster baharu menjadikan jumlah keseluruhannya ialah sebanyak 2,385 kluster.

"Ia terdiri daripada 15 kluster tempat kerja, lima kluster komuniti, tiga kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster keagamaan," katanya.

Beliau berkata, jumlah kluster telah tamat ialah sebanyak 1,655 kluster, manakala yang masih aktif pula ialah 730 kluster.

Sehingga 8 Jun 2021 Jumlah kes COVID-19 adalah 5,566 kes (627,652 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 1,524 (205,044)

Sabah - 350 (64,556)

WPKL - 466 (63,838)

Johor - 456 (62,354)

Sarawak - 707 (52,581)

P Pinang - 185 (31,091)

N Sembilan - 505 (31,048) pic.twitter.com/dmPCb6ghc0

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) June 8, 2021


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!