Minyak masak subsidi laris

Mohamed Arib menunjukkan bekalan minyak masak bersubsidi yang dijual mengikut kuantiti ditetapkan.
Mohamed Arib menunjukkan bekalan minyak masak bersubsidi yang dijual mengikut kuantiti ditetapkan.
A
A
A

IPOH - Bekalan minyak masak bersubsidi di sekitar bandar raya ini masih boleh diperoleh pengguna biarpun jumlah pembelian terhad.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa kedai runcit dan pasar raya mendapati orang ramai masih boleh mendapatkan minyak masak tersebut dengan setiap seorang dihadkan hanya dua peket sahaja.

Bagaimanapun, bekalan di beberapa pasar raya paling cepat berkurangan berbanding di kedai runcit disebabkan faktor jumlah pelanggan yang ramai.

Bagi peniaga kedai runcit, Mohamed Arib Aliah, bekalan minyak masak bersubsidi di kedainya masih ada dan mencukupi setakat ini.

Menurutnya, stok yang diberikan pembekal sangat terhad iaitu hanya dua kotak sahaja diberikan untuk pemborong dengan jualan yang terhad.

"Kita memang jual ikut kuantiti yang ditetapkan iaitu dua pek sahaja bagi setiap pelanggan. Memang kita jaga betul-betul stok supaya bekalan mencukupi.

"Cuma bila harga minyak masak RM5 kg naik, kita harap stok bagi minyak masak bersubsidi ini mencukupi di pasaran," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kedainya di Taman Seri Tasek di sini pada Selasa.

Mengenai kenaikan harga minyak masak, Mohamed Arib berkata, pihaknya menyifatkan keadaan itu amat membebankan pengguna.

Artikel Berkaitan:

Katanya, bukan itu sahaja, peniaga juga akan berdepan kesukaran untuk menjual barangan tersebut kerana permintaan akan berkurangan disebabkan harga yang meningkat.

Jelas Mohamed Arib, kedainya akan menjual minyak masak berjenama biasa dengan harga yang lebih murah berbanding minyak masak berjenama terkenal di pasaran.

"Situasi ini memerlukan campur tangan kerajaan untuk mengawal harga bagi mengelak rakyat terus terbeban. Ketika pandemik ini, ramai yang hilang pendapatan dan kekurangan sumber pendapatan.

"Jadi sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan harga keperluan tidak naik terlalu tinggi sekaligus memberi kesan kepada semua pihak," katanya.