Pimpinan UMNO bantu rakyat, negara tidak bermusim

Mahdzir Khalid
Mahdzir Khalid
A
A
A

SHAH ALAM - Pimpinan UMNO bukan bekerja membantu rakyat dan negara mengikut musim kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Mahdzir berkata, dalam situasi kritikal pada ketika ini, kepimpinan UMNO di seluruh peringkat perlu mengambil peluang untuk mendekati rakyat dengan menawarkan pelbagai bantuan yang diperlukan.

“Ada banyak yang boleh kita sumbangkan sebenarnya berkaitan usaha menangani Covid-19 ini.

“UMNO sebenarnya sudah lama membawa naratif membantu rakyat dalam apa sahaja situasi, dan itulah yang perlu kita lakukan sekarang.

“Kita ada di mana-mana dan bila-bila masa sahaja bersama rakyat dan negara, itulah UMNO sebenarnya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, peranan membantu kerajaan dalam usaha menangani pandemik Covid-19 perlu dipertingkatkan dan digerakkan oleh kepimpinan UMNO di seluruh negara.

Menurutnya, antara yang boleh digerakkan ialah mewujudkan pasukan sukarelawan UMNO untuk Covid-19, unit vaksinasi bergerak di setiap kawasan Parlimen yang diwakili UMNO dan unit kenderaan khas bagi membawa orang ramai ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Selain itu, katanya, UMNO juga menyediakan insentif kewangan, pengurusan pengkebumian jenazah pesakit Covid-19 dan bantuan keperluan peralatan atau makanan di pusat kuarantin.

Artikel Berkaitan:

“Matlamat kita adalah untuk membantu menangani pandemik Covid-19 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa mengira situasi politik.

"Bagi saya ini masanya kita berganding bahu dengan semua petugas di peringkat Parlimen untuk berjuang melawan Covid-19,” ujarnya.