DAP didakwa gugat keharmonian kaum

Lian Ker
Lian Ker
A
A
A

SHAH ALAM - DAP didakwa sengaja menggugat keharmonian rakyat yang dipelihara di negara ini dengan melakukan perbuatan menghasut demi mencapai cita-cita politik mereka.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, DAP cuba menyemai kebencian terhadap kerajaan kononnya orang bukan Islam tidak dapat melaksanakan pengebumian mayat mereka kerana diabaikan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Kata Lian Ker, isu yang dibangkitkan DAP itu bukanlah hanya membabitkan kaum Cina, tetapi seluruh rakyat di negara ini memandangkan kita berada dalam tempoh Pergerakan Sekatan Penuh ketika ini.

“Apa tujuan DAP yang cuba bermain isu sentimen kaum seperti itu? Kritikan mereka bukan terhadap timbalan menteri tetapi mempunyai niat jahat menghasut dan mahu semai kebencian perkauman dengan berselindung di sebalik kritikan.

“Saya seorang ahli politik yang sedia dikritik. Saya terima kritikan secara terbuka dan menjadikannya sebagai panduan.

“Tetapi saya menolak tuduhan palsu, naratif toksik dan hasutan yang bertopengkan kritikan yang semakin berani kebelakangan ini terhadap institusi raja dan perdana menteri,” kata Lian Ker yang juga Naib Presiden MCA pada Isnin.

Sebelum ini, seorang ahli perniagaan, Danny Ng, 49, berdepan siasatan polis selepas membuat kritikan secara terbuka terhadap Lian Ker.

Danny yang juga Setiausaha Publisiti DAP Cawangan Bentong telah dipanggil polis di Putrajaya untuk diambil keterangannya pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Terdapat tiga laporan polis berasingan dibuat oleh tiga pegawai khas Lian Ker awal minggu ini kerana mereka mendakwa Danny telah membuat dakwaan tidak berasas terhadap timbalan menteri tersebut.