Sila log masuk terlebih dahulu.

Lelaki ditahan pecah masuk restoran

Suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau ditahan kerana dipercayai terbabit kes pecah masuk sebuah restoran di Beaufort.
Suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau ditahan kerana dipercayai terbabit kes pecah masuk sebuah restoran di Beaufort.
A
A
A

BEAUFORT - Seorang lelaki yang mempunyai empat rekod jenayah lampau ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kes pecah masuk sebuah restoran pada Ahad lalu.

Difahamkan, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira jam 8 malam di Anjung Jaya di sini selepas polis menjalankan siasatan menyeluruh susulan laporan dibuat pemilik premis terbabit.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Yaacob berkata, hasil soal siasat, suspek mengaku melakukan pecah masuk di restoran terbabit.

"Antara barang dilaporkan hilang ialah tiga projektor TV, mesin pencetak, basikal jenis Mountain Bike, balang berisi duit syiling dan empat kanvas.

"Suspek juga mengaku menjual semua barang yang dicuri di sekitar daerah ini," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati suspek turut mempunyai empat kes jenayah lampau dan pernah dijatuhkan hukuman sebelum ini.

"Suspek akan dirujuk ke mahkamah untuk mendapatkan kelulusan permohonan tahanan reman bagi membantu siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun serta boleh didenda atau sebat bagi kesalahan kedua dan seterusnya," katanya.

Artikel Berkaitan: