12 individu positif dalam saringan percuma DUN Jeram

Dzulkefly (kiri) dalam satu lawatan program saringan komuniti Covid-19 secara percuma di Dewan Bukit Kuching Tengah, pada Isnin.
Dzulkefly (kiri) dalam satu lawatan program saringan komuniti Covid-19 secara percuma di Dewan Bukit Kuching Tengah, pada Isnin.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seramai 12 individu disyaki positif Covid-19 hasil saringan komuniti Covid-19 percuma di Dewan Bukit Kuching Tengah di sini pada Isnin.

Pengerusi Pasukan Petugas Khas Covid-19 Selangor (STFC), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, dari segi peratusan positif Covid-19 pula mencatatkan 1.29 peratus iaitu jauh lebih rendah daripada lima peratus.

Menurut beliau, keputusan saringan itu melegakan beliau memandangkan kes dalam komuniti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 119 kes aktif dan lima kes kematian sehingga Ahad.

"Saya ingin ingatkan warga DUN Jeram jangan selesa kerana keputusan kadar positif boleh sahaja berubah mengikut kedatangan individu yang disaring terutama dalam kalangan mereka yang bekerja di kawasan kilang dan industri.

"Sebab itu STFC sarankan seramai mungkin individu keluar membuat saringan," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook beliau pada Selasa.

Dr Dzulkefly berkata, beliau berharap pegawai daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Selangor segera menghubungi individu didapati positif terbabit.

"Saya saran warga Jeram supaya teruskan mematuhi Peringkat Kawalan Pergerakan (PKP) dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM selain segera berdaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin," katanya.

Artikel Berkaitan: