X

Kindly register in order to view this article
!

91,317 anggota, pegawai PDRM lengkap dua dos suntikan vaksin

Datuk Ramli Din
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 91,317 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 pada Ahad.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, secara keseluruhan dengan kekuatan PDRM 114,496 orang, daripada jumlah itu sebanyak 79.76 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

"Seramai 10,670 pegawai kanan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin, 859 orang pula sedang menunggu dos kedua, manakala 1,566 orang belum menerima vaksin.

"Sekitar 80,647 anggota PDRM elah melengkapkan dua dos suntikan vaksin, 6,106 sedang menunggu dos kedua dan 14,648 orang belum menerima vaksin," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Ramli berkata, pihaknya kini dalam proses menyelesaikan 20.24 peratus lagi anggota PDRM untuk mendapat vaksinasi.

"Saya berharap agar semua kakitangan PDRM diberi vaksin 100 peratus pada tahap ini. Namun, pengedaran vaksin kepada PDRM adalah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kita telah menyerahkan semua nama dan perincian kakitangan kepada KKM. Kita juga memahami kekangan yang dihadapi oleh KKM dalam proses vaksinasi di seluruh negara," katanya.

Ramli berkata, semua anggota PDRM diminta untuk mendaftar di aplikasi MySejahtera untuk proses menerima vaksin dan mereka akan dihubungi oleh Pejabat Kesihatan Negeri masing-masing.

"Kita sebagai organisasi barisan hadapan sukar untuk memberi anggota bertugas di sekatan jalan raya berdasarkan status vaksinasi.

"Walau bagaimanapun, kita telah mengambil semua langkah termasuk menyediakan sut peralatan pelindungan diri (PPE) seperti sarung tangan, topeng muka, cecair pensanitasi tangan dan lain-lain bagi meminimumkan risiko anggota dijangkiti virus semasa bertugas," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!