Kelantan sedia laksana suntikan vaksin Covid-19 secara 'mobile'

Ahmad (tiga dari kiri) semasa menyampaikan penghawa dingin mudah alih dan bantuan RM500,000 kepada Pejabat Kesihatan Negeri Kelantan dan HRPZ II di pejabatnya di Kota Darulnaim, Kota Bharu.
Ahmad (tiga dari kiri) semasa menyampaikan penghawa dingin mudah alih dan bantuan RM500,000 kepada Pejabat Kesihatan Negeri Kelantan dan HRPZ II di pejabatnya di Kota Darulnaim, Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan sedia melaksanakan program suntikan vaksin Covid-19 secara 'mobile' dalam usaha merancakkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di negeri tersebut pada masa terdekat.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, suntikan secara 'mobile' itu akan menjelajah masuk ke kawasan kampung bagi memastikan hasrat kerajaan dicapai.

"Selain itu, kawasan tumpuan orang ramai turut diberikan perhatian dalam merancakkan lagi program suntikan vaksin," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, kerajaan negeri juga memberi sumbangan sebanyak enam unit pendingin hawa mudah alih kepada Pejabat Kesihatan Negeri Kelantan untuk kegunaan pasukan bergerak melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Peringkat Kelantan.

Beliau berkata, sumbangan itu dilihat dapat membantu menambah keselesaan setiap petugas barisan hadapan dalam usaha menyegerakan jumlah suntikan vaksin dalam kalangan rakyat Kelantan seterusnya mencapai imuniti kelompok.

Ahmad berkata, pihaknya turut menyumbangkan sejumlah RM500,000 kepada Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi menaik taraf sistem 'electrophysiology study' iaitu perkhidmatan rawatan kepada pesakit jantung.

Katanya, penaiktarafan sistem bagi unit kardiologi itu melibatkan rawatan jantung kepada pesakit yang memerlukan dapat diberikan dengan lebih cepat dan berkesan tanpa perlu dirujuk ke pusat rawatan di luar negeri itu.

"Selain itu, ia diharap dapat mengurangkan kadar martaliti dan morbiditi pesakit jantung," katanya.

Artikel Berkaitan: