X

Kindly register in order to view this article
!

Kes Covid-19 dunia catat lebih 3.7 juta kematian

Data John Hopkins Coronavirus Resource Center mengenai kes Covid-19 di Malaysia dan beberapa negara dunia menunjukkan terdapat 173,536,534 kes termasuk 3,734,609 kematian pada jam 10 pagi Selasa. - Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Maklumat terkini data John Hopkins Coronavirus Resource Center mengenai kes Covid-19 di Malaysia dan beberapa negara dunia menunjukkan terdapat 173,536,534 kes termasuk 3,734,609 kematian pada jam 10 pagi Selasa.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 6 Jun, sejumlah 1.900.955.505 dos vaksin telah diberikan di seluruh dunia sehingga 4 Jun.

Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil kekal negara teratas dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi.

Namun, di negara yang mempunyai kadar vaksinasi lebih tinggi termasuk AS dan United Kingdom (UK) telah menunjukkan penurunan dalam kes baharu.

Kematian di UK menurun mendadak dan India juga menyaksikan penurunan kes baharu harian.

Malaysia rancak meningkatkan kempen vaksinasinya dan antara negara yang terpantas di ASEAN dalam pemberian dos pertama.

Khamis lalu, Malaysia mencatat rekod baharu apabila sejumlah 117,563 dos vaksin diberikan dalam sehari, jumlah tertinggi sejak 100 hari Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan.

Jumlah pemberian vaksin dijangka mencecah 200,000 sehari pada Julai.

Thailand juga giat menjalankan kempen vaksinasi sejak Isnin dan menyasarkan 500,000 suntikan diberikan sehari dalam masa terdekat.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!