Jerman pamer peningkatan menjelang Euro 2020

Low menyifatkan skuad kendaliannya itu telah menunjukkan banyak peningkatan apabila menewaskan Latvia 7-1 pada persahabatan terakhir menjelang sepak mula saingan Euro 2020, 12 Jun ini.
Low menyifatkan skuad kendaliannya itu telah menunjukkan banyak peningkatan apabila menewaskan Latvia 7-1 pada persahabatan terakhir menjelang sepak mula saingan Euro 2020, 12 Jun ini.
A
A
A

PENGENDALI Jerman, Joachim Low menyifatkan skuad kendaliannya itu telah menunjukkan banyak peningkatan apabila menewaskan Latvia 7-1 pada persahabatan terakhir menjelang sepak mula saingan Euro 2020, 12 Jun ini.

Menurut Low, kemenangan besar berkenaan diharap mampu menyuntik semangat skuad Die Mannschaft itu bagi mengharungi Euro kali ini.

“Bagi saya, pemain telah menunjukkan banyak peningkatan sejak kebelakangan ini dan sekali gus membuktikan mereka benar-benar bersedia untuk mengharungi Euro kali ini.

“Pada separuh masa pertama mereka kelihatan mempamerkan permainan yang laju dan bertenaga bagi membolehkan mereka menjaringkan lima gol dan diharapkan tempo kemenangan ini berterusan pada minggu-minggu akan datang.

“Bagaimanapun pada separuh masa kedua mereka dilihat mula memperlahankan tempo permainan tetapi tetap berjaya menambah dua lagi gol selain dibolosi satu gol,” katanya.

Pemain Jerman meraikan kemenangan pada aksi persahabatan berkenaan.
Pemain Jerman meraikan kemenangan pada aksi persahabatan berkenaan.

Pada perlawanan berkenaan Jerman menjaringkan gol menerusi Robin Gosens pada minit ke-19, Ilkay Gundogan (min-21), Thomas Muller (min-27), Roberto Ozols (gol-sendiri, min-39), Serge Gnabry (min-45), Timo Werner (min-50) dan Leroy Sane (min-76), manakala Latvia memperoleh gol saguhati menerisk Akeksejs Saveljevs pada minit ke-75.

Pada perlawanan itu juga, penjaga gol Manuel Neuer menerima penghormatan besar dalam kariernya sebagai pemain bola sepak apabila diberikan perbarisan kehormatan (guard of honour) kerana membuat penampilan ke-100 bersama skuad Die-Mannschaft itu

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, pemain tengah Jerman, Thomas Muller menyifatkan keputusan berkenaan tidak begitu penting kerana mereka masih belum berdepan cabaran ‘sebenar’ daripada pasukan-pasukan handalan pada Euro kali ini.

Justeru, menurut Muller, kesemua pemain diharap bersedia bagi aksi pembukaan berdepan Perancis, 15 Jun ini.

“Keputusan perlawanan ini tidak begitu penting, tetapi bagaimana kami memperoleh kemenangan berkenaan menerusi gol-gol yang dijaringkan.

“Lagi pun, Perancis juga pasti telah menyaksikan aksi meyakinkan daripada kami ketika menewaskan Latvia,” katanya.