SC mohon bantuan awam kesan bekas perunding unit amanah

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memohon maklumat daripada orang ramai untuk mengesan Harani Kamarudin, bekas perunding unit amanah yang disyaki melakukan beberapa salah laku berkaitan pelaburan unit amanah.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, SC berkata, pendaftaran Harani, 37, dengan Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) telah dibatalkan pada 27 November 2020 dan beliau pernah berkhidmat sebagai perunding unit amanah.

“SC sedang mengesan Harani berkaitan pelanggaran undang-undang sekuriti di bawah Seksyen 354 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), yang dibaca bersama dengan Perenggan 3.3.7 (a) dan 3.1.12 (d) Kod Etika dan Peraturan FIMM Tatalaku Profesional (Dana Unit Amanah),” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Harani adalah diminta melaporkan kepada SC dengan menghubungi talian 03-6204 8000 / 012 381 2497 atau e-mel kepada aduan@seccom.com.my. - Bernama

Artikel Berkaitan: