Guardiola nafi kembali kemudi Barcelona

Koeman bersama bintang Barca, Lionel Messi
Koeman bersama bintang Barca, Lionel Messi
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menafikan dia akan kembali mengemudi Barcelona dan menyifatkan pengendali sedia ada, Ronald Koeman berhak untuk terus melatih gergasi La Liga itu.

Menurut Guardiola, dia telah pun menandatangani kontrak dua tahun bersama City baru-baru ini dan itu sekali gus menafikan sebarang berita yang mengaitkan kehadirannya ke Nou Camp.

Malah katanya, dia gembira berada di Etihad dan mahu terus mengendalikan The Citizens untuk satu tempoh yang lebih lama selepas ini.

“Saya gembira berada di Etihad dan telah pun menandatangani kontrak dua tahun bersama City. Saya juga berbesar hati sekiranya kontrak itu dilanjutkan lagi.

“Lagipun, saya berpendapat Koeman masih layak untuk mengendalikan Barca yang masih dilihat mencatatkan kejayaan setakat ini di bawah kendalian Koeman.

“Lagi pun tahun ini adalah tahun yang sukar bagi semua pihak dan bagi saya Koeman wajar terus diberikan kepercayaan mengemudi Barca kerana pada kebiasaannya tahun kedua akan menjadi lebih baik,” katanya.

Pendapat Guardiola itu kemudiannya telah mendapat perhatian daripada Presiden Barceola, Joan Laporta yang akhirnya menaruh keyakinan terhadap bekas bintang Belanda itu untuk terus mengemudi skuad Blaugrana itu.

Sekali gus, melenyapkan seketika spekulasi yang mengaitkan mengenai masa depan Koeman di Nou Camp musim depan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Guardiola menyifatkan kehadiran dua bekas bintang City, Eric Garcia dan Sergio Aguero di Nou Camp musim depan bakal membantu memperkasakan Barca.

Katanya, Koeman bertuah kerana dapat membawa masuk kedua-dua pemain berkenaan yang disifatkannya bakal membantu mengukukhkan benteng pertahanan termasuk jentara serangan kelab berkenaan.

“Garcia baru berusia 20 tahun dia punyai banyak masa untuk ‘menggilap’ bakatnya di Nou Campa manakala kemampuan Aguero pula tidak perlu dipertikaikan lagi kerana dia sememangnya seorang ‘penjaring gol’ yang hebat,” katanya.