Tiada ‘dendam’ berdepan Crotia

Kane
Kane
A
A
A

BIARPUN kekalahan 1-2 pada aksi separuh akhir Piala Dunia 2018 lalu perit untuk diterima, Kapten England, Harry Kane menafikan pasukan itu akan beraksi berdasarkan kepada misi ‘balas dendam’ ketika berdepan Crotia dalam saingan pembukaan Kumpulan Euro 2020, Ahad ini.

Kane mengakui skuad The Three Lions itu dikira bernasib baik tidak mengalami kekalahan lebih besar setelah gagal memberikan saingan kepada The Blazers yang dilihat sebagai antara pasukan terkuat pada ketika itu.

“Kekalahan itu sememangnya sesuatu yang memeritkan. Ia adalah perlawanan yang kami ingin menangi untuk beraksi di final Piala Dunia 2018; namun ia tiak menjadi sebagaimana yang dirancangkan.

“Bagaimanapun, kami akui, tidak ada perasaan dendam kepada mereka apabila kami bertemu sekali lagi pada perlawanan pembukaan Euro 2020 Ahad ini.

“Kami hanya mahu memberikan fokus bagaimana untuk mengekang asakan-asakan daripada mereka, menguasai bola dan mencipta banyak peluang gol dalam usaha untuk menewaskan mereka (Croatia),” katanya.

Bagaimanapun tambah Kane, pengendali England, Gareth Southgate masih belum membuat keputusan berhubung kesebelasan utama yang bakal beraksi pada perlawanan pembukaan berkenaan.

Sementara itu, Kane meramalkan pasukan berkenaan mampu muncul juara Euro 2020 berdasarkan kepada kekuatan pasukan kali ini.

Menurut Kane, skuad kendalian Gareth Southgate itu kini dilihat lebih bertenaga berbanding skuad yang mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 lalu.

Artikel Berkaitan:

“Kali ini England dilabel sebagai salah satu pasukan pilihan berdasarkan kepada peningkatan yang ditunjukkan sejak kebelakangan ini.

“Kami kini juga berada pada landasan terbaik untuk memenangi muncul juara Euro 2020. Oleh itu, kesemua pemain diharap bersedia secukupnya untuk memastikan kita mara ke final,” katanya.