Beri penerima vaksin insentif sebagai galakan

Kerajaan menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara atau 26.5 juta individu akan menerima vaksin.
Kerajaan menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara atau 26.5 juta individu akan menerima vaksin.
A
A
A

SEHINGGA 6 Jun terdapat 12,708,357 atau 52.40 peratus rakyat Malaysia sudah mendaftar untuk menerima vaksin.

Kerajaan menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara atau 26.5 juta individu akan menerima vaksin.

Bagaimanapun, masih ada kira-kira 13.8 juta lagi sedang membuat keputusan penting untuk melakukan perkara tersebut.

Kebimbangan utama kita ialah kewujudan golongan antivaksin yang begitu aktif di media-media sosial menolak vaksin. Merak Jalanan amat berharap agar rakyat tidak terpengaruh dengan golongan tersebut.

Atas sebab itu juga Merak Jalanan menyokong agar pemberian vaksin ini diwajibkan demi kepentingan semua pihak.

Selain itu, mungkin kerajaan boleh memikirkan satu lagi inisiatif lain iaitu dengan memberikan penerima-penerima vaksin dengan pelbagai insentif dan kelebihan.

Sebagai contoh, penerima vaksin boleh diberikan pengecualian cukai atau membenarkan mereka untuk berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan dengan menggunakan pasport vaksin.

Penerima vaksin juga mungkin boleh diberikan diskaun untuk saman jalan raya atau diberikan pelbagai kemudahan untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Artikel Berkaitan:

Banyak lagi perkara yang boleh difikirkan sesuai bagi menarik minat orang ramai untuk terus mendaftar bagi mendapatkan vaksin.

Buat masa ini, Merak Jalanan amat berharap juga supaya usaha untuk memastikan 12.7 juta yang sudah mendaftar ini divaksin dengan segera.