X

Kindly register in order to view this article
!

9 penghantar barang dikompaun tidak pakai pelitup muka

A
A

ARAU - Sembilan pekerja penghantar barang di sebuah premis perniagaan di Jejawi di sini pada Isnin dikenakan kompaun, selepas kesemua mereka didapati tidak memakai pelitup muka, kata Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Nanda Maarof.

Beliau yang mengesahkan kejadian yang tular di media sosial itu berkata, sepasukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Arau, telah melakukan pemeriksaan terhadap pekerja penghantar barang di Jejawi, Arau pada 1.30 petang tadi.

“Hasil pemeriksaan mendapati sembilan daripada 40 pekerja tidak memakai pelitup muka,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Isnin.

Nanda berkata, polis terpaksa mengambil tindakan tegas mengeluarkan kompaun RM1,500 bagi sembilan orang pekerja penghantar barang berumur 20 hingga 30 tahun itu, dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan pandemik Covid-19.

Kompaun itu katanya, dikeluarkan mengikut Peraturan 17(1) Akta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!