1,214 individu ditahan langgar SOP: Ismail Sabri

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 1,214 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara pada Ahad.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 1,107 individu dikompaun manakala 107 lagi direman.

Beliau memberitahu, antara kesalahan yang direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal iaitu sebanyak 267 kes, tidak memakai pelitup muka (224), gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (158).

“Selain itu, kesalahan ini seramai 134 individu dikesan tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan, 103 kes membawa penumpang berlebihan, 24 kes membabitkan aktiviti pusat hiburan manakala lain-lain kesalahan ialah 304,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Artikel Berkaitan: